ツ Teman Tapi Mesra

Tema Pakaian Beragam Merdeka


Tema Pakaian Beragam Merdeka | Sebenarnya pertandingan ni dah lepas masa sekolah sumayyah adakan pertandingan Pakaian Beragam dan mewarna 5 tahun. Termasuk juga 2 orang sepupu berusia 6 tahun di Pontian. Boleh lah jadi rujukan tahun depan pula. hehe. Ena buat simple je sebab last minute punya kerja. Guna je apa yang ada.hahaha

Untuk baju sumayyah ni memang sedia ada je baju raya tahun lepas. Lepastu ena pergi je Mr DIY beli aksesori. Modal pon bape ringgit je. Bendera sapu ayah sumayyah punya.hehe. Janji ena tengok nampaklah tema bendera Malaysia tu ada warnanya. Nak jahit bendera jadi baju memang lah tak pandai. Jadi jahit je bendera di baju depan Sumayyah.


Yang ni memang ena dengan suami tergelak bila Sumayyah menang tempat pertama untuk 2 kategori.haha. Ni mesti dia posing catwalk habis depan cikgu. Tahu sangat perangai dia suka cantik macam princess. Tapi bab colour tu tak sangka lah sebab anak bukan jenis rajin buat kerja sekolah kat rumah. Jenis main je. Haa ni rasa perangai ena jugak masa kecik sebab ena dulu pon tak suka buat keje sekolah kat rumah. Sebab di rumah is Playtime !!! 


Cantik tak baju Syuhada dan Erina ??? Baju syuhada belah kiri hantar tempah orang luar tapi Erina memang makcik yang jahit. Kreatiflah makcik ku ni sebab dia memang banyak pegang trofi menang segala gubahan hantaran kat kampung. Setiap tahun dia masuk mesti sapu habis sampai ada 1 pertandingan ni dia tak dibenarkan masuk. hahaha. Terpaksa pakai nama orang lain. Pon menang jugak. Ena suruh buka tempahan menjahit or gubahan dia tak nak pula. Mungkin minat untuk diri sendiri je. tu saje nak share :) Baju anak korang mesti lagi lawa kan. Ramai kata beli online je senang.

Tq Reading :)

5 Chantiq Manis:

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

cantik... patutlah dapat nombor

kisah si dairy said...

sukalah tengok budak-budak pakai pakaian kebangsaan ni.Macam-macam pattern ada kan.comellah sumayyah ni

Atie Zieya said...

creative betul ni.. beli online mmg senang, tapi klu puas bila kita sniri yg design kan

nona sani said...

Cantiknyaaaa..Tak pernah pakai baju Kain bendera...ahahHAahaha..

Galaksi Viral said...

wahh, kreatif innovative baju tema merdeka kak. hihi. dapat tanam semangat patriotik sejak kecil lagi. terbaik kak. cantik design baju merdeka ni kak. hihi