ツ Teman Tapi Mesra

Resepi Mee Goreng Mamak Menggunakan Numee Gardenia

Resepi air tangan Mentua


Mee goreng mamak ini adalah resepi daripada mama mentua ena. Dia selalu masakkan, rasa sama macam kat kedai. Rupanya rahsia dia tumbuk ikan bilis sebagai rencah. Mentua cakap dia tahu pon sebab tanya tips di kedai makan. Haaa.. Patutlah rasa sedap makan tak pernah jemu. Mudah sangat ! Jom follow resepi ni.

Bahan:

1. Ikan bilis segenggam
2. Cili kering ( Yang sudah dikisar dengan bawang putih dan bawang besar )
3. Telur 2 biji
4. 1 paket Numee Gardenia
5. Udang (Siap digoreng dahulu)
6. Sayur taugeh
7. Sayur sawi
8. Perasa tambahan
9. Minyak masak


Cara memasak:

1. Tumbuk ikan bilis dan tumis dahulu dengan minyak secukupnya
2. Kemudian masukkan cili kisar seperti biasa. Masak sehingga pecah minyak dan tambah perasa
3. Pecahkan telur dan kacau rata
4. Masukkan Numee Gardenia (kalau ena biasa basuh dahulu)
5. Masukkan udang yang telah digoreng
6. Masukkan sayur taugeh dan sawi
7. Tambah perasa jika kurang
8. Sedia untuk dihidang

NuMee Gardenia Menjadi Pilihan Keluarga

Bila guna pertama kali terus jatuh cinta. Ena suka sebab saiz medium, tidak terlalu kecil atau terlalu kembang. Takde rasa kelat seperti mee lain.

NuMee Gardenia adalah mee kuning segar pertama di Malaysia yang dipasteur, dihasilkan oleh Gardenia.  

Kepakaran Gardenia menghasilkan roti diaplikasikan dalam proses penyelidikan dan pembuatan mee kuning ini. Penyelidikan intensif selama lebih 2 tahun adalah petanda komitmen Gardenia untuk memberikan yang terbaik untuk para ibu dan penggemar mee kuning di seluruh tanahair.

NuMee Gardenia lebih baik kerana:

1. NuMee Gardenia telah melalui proses pempasteuran bagi menghapuskan bakteria/pathogen menjadikan ianya bersih, selamat dan sedia dimasak. Dengan proses ini, NuMee tidak perlu di simpan di peti sejuk dan boleh bertahan di suhu bilik.

2. Semua bahan-bahan yang digunakan adalah berkualiti tinggi – tepung gandum, garam, minyak sayuran dan air alkali (gred makanan) bagi memastikan kualiti terbaik dan rasa enak kepada semua.

3. NuMee Gardenia tiada pewarna tambahan – Warna kuning yang terhasil terbit dari  reaksi tindak balas tepung berserta air garam dan air alkali (gred makanan).

4. Kurang Berminyak.

5. Kualiti bungkusan yang lebih baik – NuMee Gardenia dibungkus dengan bahan yang lebih baik bagi mencegah kebocoran dan pencemaran.

20 Chantiq Manis:

Cik Puan Ena said...

Comment here

SalinaJohari said...

Waahh...tak try lagi Numee Gardenia ni. Nampak menarik ! Nanti Sal try resipi ni ya.

Rawlins GLAM said...

Ooo rahsianya bilis tumbuk ek. Boleh la bagitahu adik agar dia pun boleh menambahbaik juadah beliau hehe

Kak Fas said...

Nak cuba la masak mee mamak guna numee gardenia ni... pertama kali dengar waima kita bukan selalu goreng mee.

ajumohit said...

saya suka guna mee numee ni untuk masak mee goreng dan mee udang, memang perlu letak banyak air dan mee nya pun lembut je, sedap

Farhana Jafri said...

sama la kita lepas first time guna terus jatuh cinta dengan NuMee Gardenia ni. Mee dia lembut je pastu tak sakit perut macam mee lain.

saidila said...

macam tahu2 jer ada stok numee kat rumah ni dan cadangnya memang nak buat mee goreng mamak juga....ooo ikan bilis ker rahsianya ...nanti nak cuba

Mahamahu said...

Kita pun kalau buat mee goreng atau mee sup ker memang gunakan jenama Numee ni memang best dan rasa lain sangat hehehe tiba teringin nak buat mee goreng lak malam-malam macam ni...

AyuArjuna BiGoshh said...

Ohh br tahu udang kena siap digoreng dahulu. Tapi mmg nampak sedap dan menarik hidangan yg disediakan

Sunah Sakura said...

pernah jugak makan mee dari numee gardenia ni, memang sedap aje macam mee kuning biasa, tapi pilihan yang lebih sihat gituuuu

LampuHijau said...

Mama pun memang cakap mee gardenia ni sedap. Tak rasa kapur sangat.

Balqis Athirah said...

Boleh cuba resepi ni. Lama tak goreng mee. Perasan jugak jenama numee ni. Gardenia punya rupanya. Bolehlah buat makan petang karang.

Sis Lin said...

Lama plak tak memasak di rumah mee goreng mamak ni, Sis paling suka makan mee goreng mamak, tak kira le kat mana, kat SDS pun ku makan juga hahahaha

Nadia Johari said...

Huish sedap sgt ni.. Tak pernh guna mee numee ni.. Nak kene try la.. Baru je makna mee goreng ni. Hehe

Fadzil Ahmad said...

Kalau masak mee guna gardenia ni memang sedap. Tak rasa kuning dari mee tu. Terliur pulak tgk mee goreng mamak malam2 mcm ni. Nk masak jgk la

Ika.S said...

Nyumss memang terliur kalau tgk mee goreng mamak. nampak sedap. boleh try nanti ni hehe

Lia Hasty said...

Sedapnya mee goreng mamak tu. Blh lah ikut resepi nanti. Selalu nampak nu mee ni tapi x pernah Cuba lgi

AlongMurni said...

Sama.. AM pun kalau masak mee goreng mesti letak ikan bilis baru layan makan..

Zaza Azman said...

Brand numee maggi ni mmg sedap.. Husband za masak skang pakai mee ni je kalau nak masak mee goreng.. Lagi sedap dari mee kuning biasa

RAIHANAH AHMAD said...

memang sedap kan mamak style, nanti bolehlah cuba resepi sis. thanks ya