Makan Sepuasnya Makanan Korea Selama 90 minit di Dookki Malaysia

Dookki Korean Topokki Buffet kembali dengan promosi hebat

Ena tak terfikir pon nak pergi makan buffet korea ni tapi kebetulan pergi JB dan ena baru tahu pula R&F Mall JB cuma berhadapan hotel ena menginap je, so pujuklah suami kalau berminat nak lunch kat Dookki Topokki Bufet ni. Eh suami kita pon on lah, dia cakap memang tengah lapar ni.hahaha. Happy taw. Lepas je check in parking kereta kat hotel, kami pon jalan kaki je ke R&F Mall. Strategik betol GBW Hotel. Dekat je nak pergi shopping mall.

Dookki Korean Topokki buffet tengah buat promosi di R&F Mall JB dan di IOI City Mall Putrajaya. eh murah sangatlah. Lepastu "unlimited" taw buffet. Kalau nak refill banyak kali pon takpe janji dalam masa 90 minit sahaja! Tapi harus ingat, jika berlaku pembaziran, kena denda RM20 ye. So makanlah secara berhemah.

Lunch Promotion :
Every Monday - Thursday (11.30am - 4.30pm)
Lunch Special: RM29.80/PAX
Student Special: RM27.80 /PER PAX (Tunjuk Kad ID Pelajar)

Optional add-on:
Double Cheese Ring - RM16.80 nett
Snow Cheese - RM9.80 nett

Dookki bermaksud 'dua hidangan' dalam bahasa Korea. Ena biasa dengar 'tteokbokki' je, rupa-rupanya sama je maksud dengan topokki) adalah kek nasi goreng Korea (Rice cake) yang terkenal disajikan dengan banyak bahan sampingan dan pes cili pedas. 

Status halal: Daging dan ramuan halal digunakan, tanpa alkohol dalam proses memasak. Kami mengesyorkan anda makan mengikut budi bicara anda sendiri.

Sebelum masuk jangan lupa untuk scan MySejahtera


Ruangan makan mengikut SOP yang ditetapkan. Maksimum pelanggan dibenarkan masuk dalam satu masa hanya 30 orang sahaja. Segala kelengkapan penggunaan barang makan ada di meja sendiri. Ada satu lubang pada meja tu untuk buang sisa makanan.


Sejak pembukaan restoran pertama di Korea (Disember 2014), berkonsepkan "All You Can Eat Fun & Full-filling dinning experience" ini telah mendapat populariti di dalam dan di luar Korea, mempunyai lebih daripada 140 gerai di seluruh dunia. 

Hidangan pertama dimulakan dengan hidangan khas Korea yang sangat digemari "Topokki Hotpot" yang dimasak mengikut tahap kepedasan yang disukai.

Hidangan kedua, selepas je korang habis makan "Topokki Hotpot" dengan baki sos yang ada tu sambung pula masak "Kimchi Fried Rice" dan boleh tambah sos kalau nak tambah kepedasan. Bab memasak ke dalam periuk Topokki ni serahkan saje kepada waiter.

Rasa asli terbang dari Korea

Untuk memastikan pelanggan dapat menikmati rasa paling asli dari Korea, Dookki menawarkan 6 jenis Tteokbokki, semua diterbangkan dari Korea termasuk pelbagai ‘Eomuk’ (Fishcake Korea), Kimmari (Roll Rumpai Laut Korea) dan  QQ Noodle. Yang ni memang wajib rasa. Rugilah dah sampai tapi tak makan.

1st Meal : Topokki Hotpot


First round ni, korang boleh pilih pelbagai bahan dimasukkan ke dalam bekas disediakan. Malas nak fikir panjang, main campak-campak je sampai penuh.haha. Rice cake ni memang sedap taw. Sila lah letak banyak. Rasa kenyal je makan. Favorite ena "Cheese Rice cake"



Fish cake noodle yang panjang ni pon sedap taw. 


Lepas dah settle pilih makanan, baru lah pilih sos. Ikut pada level pedas nak yang mana ada 7 jenis sos. Macam ena tak ambil pedas sebab kongsi dengan anak, so ena pilih "Non spicy- Jajang sauce + Gungjung sauce"




Jika korang 'Cheese lover", Dookki menawarkan dua pilihan keju iaitu Double Cheese Ring (yang mengelilingi periuk topokki) dan Snow Cheese (di mana mereka menaburkan simpanan keju lembut di atas topokki). Untuk add on keju ni dikenakan cas tambahan follow pada harga di atas tapi berbaloi taw. Boleh tengok video di last entri ini. Padu beb.


Terdapat 4 jenis mee yang boleh korang tambah dalam hidangan topokki. Nama pon "Unlimited" so korang diy je sendiri. QQ noodle tu memang sedap.


Licin first round ! So baki sos yang ada tu akan digunakan untuk masak second meal iaitu "Kimchi Fried Rice"

2nd Meal : Kimchi Fried Rice


Nasi ni ena ambil sedikit saje sebab hampir kenyang, So tambah nasi + 4 bahan utama seperti gambar di atas.


Bubuh sedikit "Sesame oil". Kalau rasa nak tambah sos pedas boleh lah tambah lagi. Kemudian dimasak. Rujuk pada video di last entri.

Eomuk Station


Terdapat stesen eomuk di hadapan bar ramuan, di mana korang boleh mendapatkan Korea fish cake yang direbus dalam kaldu ringan. Ada 2 stesen "spicy" dan "non spicy"



Berselera sumayyah makan dengan sup. Ena cecah dengan cheese. Ni memang sedap.

K-Snack Zone


Favourite ena "Tuna mayo rice ball" sedap weyhhh..

Fried Food Station



Puas hati lah makan. Last penghabisan ena ambil yang goreng-goreng. Makan pon santai-santai takde rasa nak cepat habiskan masa. Memang berbaloi taw dengan harga yang sangat murah. 

Free flow soft drinks

Air pon boleh refill banyak kali. Favourite ena "Lemon Tea"

Perut kenyang, hati senang. So korang kalau tak dapat dine in, boleh je memesan penghantaran melalui GrabFood dan merujuk ke menu ini untuk mendapatkan petunjuk mengenai pengambilan. Pembayaran juga boleh dilakukan menggunakan e-wallet. Berbaloi untuk dicuba!!

Dookki Malaysia Johor Bahru R&F Mall

Lot 1-117& 1-118, 1, Jalan Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor

FACEBOOK | INSTAGRAM

Cara hidangan di masak dalam Periuk Topokki

View this post on Instagram

Makan sepuasnya selama 90 minit di @mydookki Kalau korang peminat K-drama, mestilah kena cuba juga menu makanan Korea. Restoran famous di Korea ini, hidangan yang lazat dan mengenyangkan tapi dengan harga jauh lebih murah sebab Dookki Korean Topokki buffet tengah buat promosi di @rnfmalljb Lunch Promotion ⤵️⤵️⤵️ . Every Monday - Thursday (11.30am - 4.30pm) Lunch Special: RM29.80/PAX Student Special: RM27.80 /PER PAX (Show Student ID) Optional add-on: Double Cheese Ring - RM16.80 nett Snow Cheese - RM9.80 nett Dookki Malaysia Johor Bahru R&F Mall Lot 1-117& 1-118, 1, Jalan Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor Details ena akan tulis di blog 😘 #mydookki #dookki #dookkijb #jomdookki #topokki #ricecake #koreanfood #makanankorea #buffetjb #rnfmall #foodie #foodreview #food #foodstagram #foodblogger #foodlovers #vlogtinynasweet #vlogger #jdtblogger #bloggerjohor #bloggermalaysia

A post shared by 👑 ℳiss President | BC ℳary Kay (@tinynasweet) on

Post a Comment

20 Comments

Sunah Sakura said…
rindunya nak makan kat sini! suka sebab topokki dia ada macam-macam jenis, bentuk dan rasa...nanti nak ajak lah housematesku datang
Alahai semua nampak sdap sedap ni. Pada penggemar makanan korea kena serbu sini.
Unknown said…
Puas makan kalau macam ni..
Ruby said…
Semuanya menyelerakan. Rindu lah nak makan camni. Kena pergi ni. Cuma di KL ni tak jumpa lg stail camni. Huwaaa.
Fadima Mooneira said…
Aummmmmm........sedap nyer topokki buffet. Saya suka sgt makan topokki. Thank you for sharing this information ya.
LM said…
Puas hati makan dengan harga camtu. Cuma kalau ada status Halal dr pihak brrkuasa lagi best
Farhana Jafri said…
Alaaa dah excited dah baca sampai habis tapi ending kecewa sebab alamat dekat Johor! :(
ala kenapa jauh sangat..area kl tak ada ke buffet makanan korea ni. tetiba craving pulak tegok semua tu.
Nadia Johari said…
Pernah makan makana korea dekat doboyki je. Eh betul ke namnya. Hehee.. Sedp tengok.. Murah pulak tu ye
Lama x makan korean food. Rindu sungguh bila tgk entry ni. Nanti boleh cuba kat sini pulak
Cik Puan Ena said…
Ioi city mall ada awk
Kak Fas said…
Bab makanan Korea ni kak tak berapa suka sangat... tapi posting ni bagus dibaca mereka yg suka dengan menu Korea...
RAIHANAH AHMAD said…
menariknya idea ni, macam steamboad ya?mesti sedap tu semua
Sis Lin said…
Rasa macam nak pergi lagi jerr...nak pergi time betul-betul laparrrr...
Syamimi Saad said…
Tak pernah makan makanan Korea gini.
Agaknya kena ada geng yang ajarkan kot baru reti. Haha
Sebab husband bukan jenis minat makanan gini.
precious cla said…
Wow makanan Korea tu....sedap-sedap belaka dan memang I kaki makanan Korea selain masakan melayu yang pedas-pedas.
Tengkubutang said…
woww.. menu-menu nya walaupun TB tak pernah makan semua nampak menyelerakan je.. tak pernah rasa lagi masakan korea kecuali ramen tu pernah la.. heheheh.. pedas.. tak tahan perut.. yang lain ni pedas gak ke ye?
halimah muhiden said…
Adui.. sedapnya tgk menu2 korean food ni bestnya ena dpt mkn