Suu Balm Kids melegakan kegatalan kulit Bayi baru lahir (Newborn) dan Kanak-kanak (Toddler)

Suu Balm Kids melegakan kulit beberapa minit sahaja

Ena tertarik dengan rangkaian produk daripada Suu Balm Kids sebab ia diformulasikan oleh Pakar Perunding Dermatologi, Dr. Tey Hong Liang di National Skin Centre, Singapura dan terbukti secara klinikal untuk melegakan kegatalan kulit dalam beberapa minit sahaja serta bebas pengawet, steroid dan pewangi.

Beliau berazam untuk mengkaji formulasi yang dapat melegakan kegatalan dengan cepat. Melalui penyelidikan dan kajian yang meluas, beliau berjaya menemui satu kombinasi yang amat bermanfaat untuk kulit sensitif "mentol" semula jadi digabungkan dengan "pelembab ceramide" yang dapat menghilangkan kegatalan dengan serta merta sementara membaiki pelindung kulit semula jadi.


Safiyyah selalu ruam di bahagian leher. Sumayyah pula aktif mudah berpeluh & gatal di bahagian kepala. Jadi ibu gunakan 2set ini :


1. Suu Balm Kids Head-to-Toe Wash dengan formulasi lembut untuk membersih, menyegarkan dan melembabkan kulit sensitif si comel

2. Suu Balm Kids Ceramide Moisturiser untuk melegakan kegatalan kulit dan melindungi kulit

Suu Balm Kids Head-to-Toe Wash

.
1. Suu Balm Kids Head-to-Toe Wash ketika mandi. Tidak mengandungi sabun & sulfat, bebas bahan pengawet dan bebas pewangi. Ia sangat lembut melindungi kulit sensitif. Konon nak bau lah kan masa first time guna tu tapi memang takde. krim mandian pon macam gel saje walaupun warna putih.

Suu Balm Kids Ceramide Moisturiser 


2. Sapukan krim Suu Balm Kids Ceramide Moisturiser selepas mandi di bahagian ruam dan juga kawasan yang anak kerap garu. Diperkaya dengan "ceramide" untuk melembabkan kulit. Bebas bahan pengawet dan bebas pewangi. Produk Filaggrin untuk membaiki pelindung kulit.


Ibarat sapu losyen ketika basah. Jadi tak perlu risau membersih seluruh badan dari kepala hingga ke kaki. Ena memang suka produk mandian satu set terus dari kepala hingga ke kaki. Jimat masa.


Seee.. nampak macam basahan air saje kan? Tapi sebenarnya safiyyah tengah dalam keadaan lumuran sabun mandi. Memang takde nampak buih sabun.


Ena basuh tangan sumayyah menggunakan sabun mandian. Nampak seperti lembapan losyen tangan. 


Suka la tuuu rambut dia dah cuci guna Suu Balm Kids Head-to-Toe Wash. Masa cuci rambur sumayyah pon ena rasa macam tak puas mungkin sebab dah terbiasa ada sedikit buih mandian tapi sabun ni memang takde. So bilas jelah sampai bersih.



Haaa krim ni ada sedikit MENTHOL untuk melegakan gatal dalam beberapa minit, jadi ELAKKAN sapu di tempat luka, kelopak mata dan kawasan mulut. Kalau tak pedih nanti. Ena hanya sapukan pada bahagian tertentu sahaja tertumpu pada leher dan celah badan.

Bukan itu saje ! Set ini sesuai untuk anak yang mempunyai masalah alahan kulit, ruam akibat alahan makanan, gigitan serangga dan masalah kulit seperti Ekzema.


Untuk set kombo A yang ena guna ni Suu Balm Kids Wash 210ml dan Suu Balm Kids Ceramide Moisturiser 45ml bernilai RM111.80 dengan penghantaran percuma seluruh Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Ireland.

Ada juga set besar kombo B dengan Suu Balm Kids Wash 420ml dan Suu Balm Kids Ceramide Moisturiser 75ml bernilai RM159.70

Untuk mendapatkan produk 1 set ini boleh buat belian di Watson atau secara online dengan Suu Balm Malaysia :


Post a Comment

17 Comments

M said…
"www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc..."
amboi sukanya anak-anak. kulit budak memang sensitif..susah nak cari mandian yg sesuai. baguslah keluar produk mcm ni.
Bab bab kulit gatal ni kena alert ngan produk yang kita guna.Best gak guna produk ni nampak anak anak pon suka tu .
Rawlins GLAM said…
Tak puas hati kan kalau tak nampak buih bila mandi atau basuh rambut tapi sebenarnya makin kurang buih, makin elok untuk kulit kan
Kak Fas said…
Kalu kat muka bole ke sapu krim ni? Klu ok nak rekomen kat menantu suh try sapu sbb anaknya, cucu kan ada mcm merah2 pada pipinya.
Produk untuk baby memang kena ada tak boleh guna yang orang dewasa punya, kulit baby lebih lembut berbanding org dewasa,

produk ni nampak menarik dan first time tahu tentangnya.. tq kongsikan info
Aliah Syafiqah said…
Kulit sensitif boleh pakai kan produk ni? Tertarik dengan packagin dia. Cantik warna nya. Kulit baby biasa mmg sensitif, bagus produk macam ni. Susah nak jumpa
Sofinah Lamudin said…
Kebetulan, kawasan saya sekarang ada masalah paip air. Hhahaha... lom mandi lagi ni haa.. tengok gambar baby Ena nampak fresh lepas mandi... omg lah macam g cari air untuk mandi sekarang! hahahaha...

Saya rasa nak rekomen produk ni kat anak buah saya...biar kulit dia lembab dan legakan masalah gatal dia...thanks share product ni dalam blog Ena.
AlongMurni said…
Boleh AM rekomen untuk anak buah AM pakai la nie.. Anak buah pun punyai masalah yg sama.. Sian dia asyik garu2 sampai mengelupas kulit tue.
Princesa3290 said…
Wow comelnya! Packaging nya pun nampak mudah sangat, tekan2 je! Mesti anak2 selesa kan guna balm ni!
Nadia Johari said…
Best sangat pakai suubalm ni dekt nak2.. Fariza dan farhanah selesa pakia.. Diaorg sellau gatal2.. Tapi pakai ni, takde gatal sgt
Sis Lin said…
Comelnyaa anak ko yang kecik tu Ena, cute sangat muka dia..
Geram nengokk...
iena eliena said…
Suu Balm ni tak pernah dengar lagi brand ni . Nampak macam okay..Happy je muka anak anak pakai Suu balm ni :)
nanti kalau da kawen da ade anak boleh la beli hehe
Tini Alif said…
Amboiiii, pandai baby senyum... Comel je... Hehehehe... Dia suka lettew pakai Suu Balm ni... Yang kakaknya pun nampak happy je senyum... Bagus, good product, happy kids... Gitu :)
Mira Cikcit said…
Bolehlah bagi my son cuba ni, dia asyik cakap gatal je kalau berpeluh. Memang nak kena kerap mandi kalau tak nak bagi dia gatal gatal
ciktom said…
cantiknya packaging..kebetulan plk musim panas sekarang ni..adira selalu berpeluh n mengadu gatal2..boleh try produk ni..
Azhafizah MN said…
untuk anak-anak memang kena cari produk yang sesuai kan.