Shapee® 3-in-1 Breast Therapy Thermal Pads Membantu Ibu yang Bengkak Susu

Alami Bengkak Susu / Mastitis ketika berpantang anak kedua

Selepas melahirkan Safiyyah, dia ditahan NICU atas faktor ena GBS Carrier, (Boleh baca ENTRI lama apa itu GBS). Disebabkan tak dapat jumpa anak dalam masa 24 jam, ena tak dapat direct nyusukan anak macam anak pertama, Sumayyah. Jadi ena dah mula sakit sikit. Masa ni belum tahap nak demam.

Nak dijadikan cerita, ia berlarutan sampai lah ena balik ke rumah. Masa tu tak terfikir apa nak buat bila bengkak susu dah jadi, ena cuma panggil tukang urut. Dia punya azab kena urut, orang perempuan je tahu sakit kena picit tu macam mana, Kaki ena sampai naik ke atas menjerit.hahaha... Selama 5 hari berturut-turut kena urut. 

Tapi fikir kos asyik nak upah orang je lepas tu sakitnya bukan sekejap, berlarutan sampai ke malam. Jadi ena manual je urut sendiri dan tuam dengan air panas setiap hari sampailah bengkak susu tu reda. Agak leceh sebab dengan takde masa nak rehat lagi kadang-kadang ter skip, maka makin teruk jadi Mastitis pada minggu kedua.

Mastitis ni sumpah sakit lagi teruk dari bengkak susu ! Sebab ena kena sampai naik ketulan banyak bila tekan pada breast dan juga ketiak. Kata tukang urut punca sampai naik ketulan di ketiak sebab ena tidur tangan letak ke atas. Ya. ena memang suka tidur tangan ke atas. Sejak dari itu ena elakkan. Dan kepala kena tinggi semasa tidur. Paling malang tu tak dapat panggil lagi tukang urut sebab PKP dah mula. Jadi nak tak nak ena urut juga sendiri sambil menangis menahan sakit ni, lepastu malam makan panadol. Selama seminggu ena makan ubat. 

CARA MANUAL TUAM BENGKAK SUSU

Cara pertama isi air panas pada termos mini lepas tu balut dengan tuala. Kalau termos lebih lama tahap kepanasan daripada tuam menggunakan tuala sahaja. 

Cara kedua guna tungku batu sungai. Panaskan batu sungai pada bara api kemudian balutkan dengan kain untuk tuam. Batu tu kan berat. Terpaksalah pegang kain dengan kuat takut terlepas. Nampak tak pengorbanan seorang ibu nak susukan anak tu macam mana. Saifyyah memang kena campur susu formula sebab masa tu ena teruk kena bengkak susu dan susu tak banyak keluar. Anak pula mengamuk tak puas. Memang pengalaman yang tidak akan dilupakan.

APA ITU MASTITIS:

Breast jadi keradangan dan boleh terkena jangkitan dengan cepat

TANDA MASTITIS:

1. Benjolan merah yang keras, sakit dan panas pada breast
2. Sakit mencucuk pada puting ketika menyusukan anak
2. Rasa seram sejuk nak demam dan sakit kepala

Breast Therapy Thermal Pads membantu merawat bengkak susu

Kenapalah ena tak dalami ilmu penyusuan secara mendalam ketika hamil. Kan dah rugi lambat guna Shapee® 3-in-1 Breast Therapy Thermal Pads ni. Sampai sekarang pon ena masih kena bengkak susu tapi agak jarang lah sebab ena dah pump. Jadi tak risau lepas ni tak payah tuam manual dah sebab ena ada penyelamat ! Eh boleh buat kerja sambil tuam taw!


Membantu ibu yang mengalami masalah ketika penyusuan


Membantu di saat ibu memerlukan rawatan dengan cepat di atas faktor berikut. 

1. Bengkak susu
2. Mastitis
3. Susu mengalir dengan perlahan
3. Duktus susu tersumbat

Ciri Shapee® 3-in-1 Breast Therapy Thermal Pads


1. Round shape design. Sesuai untuk semua jenis saiz breast dengan 360 darjah full cover.

2. Gel Beads Element. Banyak biji kecil di dalam pack untuk membantu ketahanan suhu panas atau sejuk dengan lebih lama.

3. Tinggi kualiti dengan BPA & BPS free yang mampu menahan tekanan.

4. Lembut dan mudah lentur mengikut saiz breast menjadikannya lebih selesa.

5. Reusable & washable. Bersihkan pad menggunakan air suam dengan sabun pencuci pinggan.

Free 2pcs Cloth Case for skin protection


Jangan risau kalau tak tahan dengan pad yang dipanaskan sebab ia didatangkan sekali dengan cloth case ni yang mempunyai "Velcro Tape" dan "Clip design". Fabrik yang lembut memberi keselesaan buat ibu menyusu.

Mempunyai 3 jenis kelegaan terapi 

ada 3 cara memberikan kelegaan terapi untuk cabaran penyusuan yang paling biasa iaitu :

1. Terapi sejuk tanpa breast pump untuk melegakan pembengkakan. Jangan menggunakan dalam tempoh lama untuk mengelakkan gangguan penghasilan susu badan

2. Terapi panas tanpa breast pump untuk melegakan saluran dan mastitis yang tersumbat 

3. Terapi panas menggunakan breast pump untuk mendorong pengeluaran susu dan mengurangkan masa mengepam

Cara menggunakan


Untuk terapi sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 1 jam sebelum digunakan. Bila ena rasa berdenyut sebab lambat pump susu, ena akan gunakan pad sejuk melegakan sakit.



Ada dua cara nak panaskan pad. Yang pertama menggunakan Microwave mengikut suhu yang ditetapkan di bawah

[Soalan Lazim]

Bolehkah saya memanaskan pad di dalam Oven?

Kami tidak mengesyorkan anda memanaskan Pad Terapi di dalam Oven untuk mengekalkan kualiti pad. Lebih selamat menggunakan Microwave berbanding Oven.


Takde Microwave? Takde masalah! Ena suka memanaskannya ke dalam periuk macam ni selama 10 minit. kalau pakai mangkuk saje pad akan cepat sejuk semula


Ena suka panaskan dalam suhu yang sesuai letak direct ke kulit macam ena pegang ni dan masukkan ke dalam bra. Haaa..senang sangat taw. sambil tuam panas tu, ena boleh buat kerja lain dalam satu masa. Ena buat sebelum menggunakan breast pump


Nak sarung pada breast pump pon mudah. Hanya balutkan pada kepala breast pump dan klip. Jadi sambil pump tu pad membantu memanaskan breast untuk pelancaran pengeluaran susu. Tak perlu lah nak lap susu meleleh guna towel lain sebab ada cloth case ni boleh cover.


Side View


Back view


Bukan itu saje. Shapee Malaysia juga ada mengeluarkan produk lain seperti Milk Storage Bag saiz 5 Oz dan 7 Oz (1 kotak ada 25 bag) dengan harga pengenalan RM9.90.

Mempunyai double zipper, stable standing bottom, BPA free, thermal sensor dan banyak lagi.




Terima kasih Shapee Malaysia kerana memudahkan kerja ena untuk penyusuan anak. Korang yang hamil pon boleh lah standby beli sebelum bersalin. Jadi mudahlah guna ketika berpantang nanti. Takdelah macam ena kena guna manual dulu. hehe.. Harga sangatlah murah hanya RM24.90 untuk 2 pad + 2 cloth case.

Pembelian secara online :

Shapee® 3-in-1 Breast Therapy Thermal Pads : 

Shapee Milk Storage Bag :

Facebook :

Instagram :

Post a Comment

20 Comments

Rini Ismail said…
Senangnya ada pack thermal macamni. Pernah ada pengalaman bengkak susu dulu, nak kena tuam dengan kain panas..kena urut, leceh jugak nak kasi susu cair tu. Ada tuam termal macamni, tekup je kan..terbaikla.
Sis Lin said…
Senang dan mudahnyaa lahaii sekarang kan, Sis ko dulu tepek kobis je ko hahahaha....now sekali menyusutkan, siap dapat kuarkan susu dan legakan kesakitan lagi... berguna sungguh ni..
Ibu2 yang ada bengkak susu boleh amalkan guna produk ni. Moga bermanfaat insyaallah.
Rawlins GLAM said…
Ini tips yang bagus bagi new mums. Maybe ada yang tak tahu dan segan nak bertanya - but your sharing ni insyaAllah akan membantu mereka.
Fadima Mooneira said…
Thank you for sharing your review and experience. Walopun saya x ada pengalaman spt ini, but still can feel what you feel. Breast is really a sensitive part on women body.
nikkhazami said…
hanya ibu ibu je tahu betapa pentingnya benda ni. i heard ada yang sakit dan bengkak. kalau ada alat ni lega sikit
good tips untuk bakal2 ibu atau ibu yg baru melahirkan baby. sesuai sangat buat stok susu anak terutama ibu yg bekerja. eh boleh la beli buat hadiah officemate yg baru lepas bersalin
Fanahalim said…
Thanks sis. Dapat tips dan belajar benda baru. Even tak kahwin lagi ni nanti dah kahwin senang sebab dah tahu.
Ika.S said…
satu perkongsian yg menarik :) terimakasih sis sebab share
Nadia Johari said…
Bila kene memg sakit sangat.. Tak buat apa, paksa anak susu je.. Huhu.. Boleh demma bila bengkak.. Ada benda ni bgus juga
Mimie said…
Saya pun ada ni juga. Tapi guna di rumah saja. Di pejabat memnag tak bawa. Memang best guna breast pad ni.
boleh disyorkan pada ibu yang ada mengalami masalah seperti ini.. nampak sangat bagus dan value for money
Airah Syahirah said…
Kita bersalin ritu rasa jugak bengkak susu tapi tak teruk sangat. Tak sanggup rasa nak bayang sakit dia tu
Izaramli said…
Iza pun ada ni. Tak sabar nk cuba lepas bersalin nanti. Kalau ikut anak first byk susu smpai bengkak. Ada shapee ni senang sikit.
halimah muhiden said…
Tq for sharing tentu berguna utk ibu2 yg ada masalah mcm ni kdg2 blur xtau nk buat ape
Fiza Aizzawa said…
klip kat breast pump.. baguslah thermal pads nie..
ciktom said…
menarik sgt design breast pad tu..senang nak letak kt dada bila bengkak susu..cara penggunaan pun mudah
Azhafizah MN said…
Syukur ada jalan penyelesaiannya kan. Bagus juga ada breast theraphy. at least membantu.
Mawardi Yunus said…
baguslah kalau ada solution mudah untuk ibu-ibu yang hadapi masalah bengkak susu. ramai perlu tahu ni.