Setiap hari sebelum memulakan aktiviti harian, semestinya kita akan memerlukan mood yang baik untuk menceriakan hari-hari yang dilalui. Kalau nak tahu ena seorang pencinta kopi. So salah satu cara ena nak membangkitkan mood, adalah melalui minuman.
Perasan tak ramai orang suka ngeteh atau lepak minum di luar sebab apa ?? Nak hilangkan stress, tenangkan minda, mencari inspirasi dan sebagainya . Bukan setakat lepak mamak, tapi zaman sekarang dah menjadi trend warga kota suka lepak kafe hipster. Termasuklah ena. Hehe.. Kalau uollss jenis suka mencari kelainan rasa di dalam pelbagai mood, ena cadangkan uolls cuba minuman baharu yang disediakan oleh Anchor Food Professionals ( Anchor AFP ).
Baru-baru ini Anchor AFP telah kembali melancarkan kempen minuman produk tenusu "Moodmojee" melalui 6 inovasi minuman sejuk dan menyegarkan sesuai dengan tema mereka "Icy-cool Beverages to Boost your Mood" yang sebelum ini telah berjaya dengan kempen makanan "Say Cheese", PizzArt", dan "Anchor Travel Cakes".
Apa yang buat ena tertarik adalah ia menggunakan cream cheese. Biasa kita rasa melalui makanan kan ?? Tapi boleh bayangkan tak melalui minuman tu kombinasi rasa dari manis, pahit, masin dan masam??? Yang paling best tu minuman dihasilkan adalah semulajadi.
Bevarage Name :
1. Kaya-Nika Fusion by Chef Firuz
( Seri kaya, gula melaka, pulut dan kacang merah disaluti Anchor Whipping Cream )
2. Lemon Mint Meringue by Chef Firuz
( Ice blended lemon mint vanilla. Topping Anchor Whipping Cream dan hirisan lemon dan limau )
3. Pom & Grey Twitst by Chef Ken
( Campuran Early Grey dengan sirap delima dan dilapisi di atas dengan krim dan serbuk koko, Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk, Anchor Whipping Cream )
4. Tangy Brew by Chef Ken
( Cold brew Coffee, topping Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk, Anchor Whipping Cream )
5. White Chocoffee by Chef Ichiro
( Rasa berkacang, kopi putih yang dipenuhi dengan coklat dan mentega kacang yang lazat, Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk, Anchor Whipping Cream )
6. Yuzu Chocolate Surprise by Chef Ichiro
( Campuran coklat dan ais, Puri Yuzu dan berbingkai dengan lemon serta garam, Anchor UHT Full Cream Milk, Anchor Whipping Cream )
Apa itu "Moodmojee"? Nampak tak gambar di atas penuh dengan bola emoji ?? Setiap minuman tu akan menggambarkan perasaan uolls selepas minum taw. Kalau mood sebelum minum tu down, lemah tak bertenaga, kena cuba minum, confirm mood berubah :)
Ekspresi muka sebelum minum :(
Ekspresi muka selepas minum :) Wajib ada comotan di mulut taw. Tu tanda bahagia sangat hirup minuman. Hahahaha.
Kempen ini melibatkan kerjasama antara 15 rakan niaga dari pelbagai outlet terpilih dalam bidang makanan dan minuman di seluruh Malaysia yang memperkenalkan minuman bertekstur krim dan menggunakan bahan semulajadi bermula November 2018 sehingga Januari 2019.
Ena berpeluang berkunjung ke Living Room Cafe yang terletak di Plaza Mentari ( Sun City ) Taman Pelangi, Johor Bahru menghidangkan 3 jenis minuman iaitu Pom & Grey Twist, Tangy Brew dan Yuzu Chocolate Surprise.
Rasa Pom & Grey Twist unik, kalau nak teguk air ni kena sekali shoot baru boleh tahu kombinasi rasa tu macam mana. Tidak terlalu manis sesuai kepada mereka yang suka juicy.
Tangy Brew berperisa kopi pekat sesuai kepada mereka yang tak berapa minat manis. Masa mula2 tu akan rasa melekat kat tekak tu kuat tetapi lama2 bila dipadankan dengan cream cheese akan menimbulkan rasa enak.
Kalau nak cuba Yuzu Chocolate Surprise ni kena rasa garam yang melekat pada keliling cawan tu dulu. Bukanlah masin sangat taw. Rasanya berlemak gitu.. Lepastu terus hirup air chocolate ni. Rasanyaaaa speechless !!! Yang ni wajib cuba. macam aiskrim.
Untuk buat mood uolls lagi best, jangan lupa terjah cafe tersebut untuk dapatkan barangan eksklusif mengikut terma dan syarat.
Senarai outlet F&B terpilih di seluruh Malaysia.
Untuk ketahui maklumat lebih lanjut boleh layari FACEBOOK :
20 Comments
so much beverage I see so nice to drink and all look good and tasty.
I like cool drinks and now I know achor whipping cream so much we can do with it.