Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua pembaca :)
.
.
Siapa di sini menetap di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) ????
BERITA BAIK UNTUK ANDA !!!

Hari ni ena nak kongsikan berita gembira buat warga Kota Wilayah Persekutuan. Walaupun ena tidak menetap di sana tapi sebagai rakyat Malaysia rasa bertuah kerana ada inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah impian mereka selaras dengan hasrat Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020

Sejumlah 80,000 unit rumah mampu milik akan dibina di Wilayah Persekutuan menjelang tahun 2020 di mana 50,000 unit akan dibangunkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20,000 unit di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 10,000 unit di Wilayah Persekutuan Labuan.


Jadi kepada mereka yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang ini untuk memohon, masih dibuka sehingga 31 Dec 2018 !

HARGA MAMPU MILIK

Harga rumah  beranggaran RM52,000 sehingga RM300,000 mengikut kepada kawasan.

KEMUDAHAN AWAM

Taska, Taman Riadah dan Rekreasi, Kiosk, Dewan Serbaguna, Surau, Dobi, Kawalan keselamatan 24 Jam dan pelbagai lagi kemudahan yang disediakan mengikut kawasan.

LOKASI STRATEGIK

Landmark kawasan projek berdekatan dengan AEON, Terminal Bersepadu Selatan, MRR2, Lebuhraya dan pelbagai lagi tempat menarik yang berdekatan dengan setiap kawasan berkaitan.



1. PROJEK LOKASI : KUALA LUMPUR


Nama Projek : Residensi Kepongmas 2 (RM198,000)
Jenis Kediaman : Pangsapuri
Spesifikasi : 3 bilik tidur dan 2 bilik air
                     1 blok ketinggian 25 tingkat dengan 324 unit RUMAWIP
Bilangan Unit Dibuka : 324
Tarikh Buka Permohonan :15-Jan-2018
Tarikh Tutup Permohonan : 31-Dec-2018


Nama Projek : Residensi Kuchaimas (RM198,000)
Jenis Kediaman : Pangsapuri
Spesifikasi : 3 bilik tidur dan 2 bilik air
                     1 blok ketinggian 49 tingkat dengan 478 unit RUMAWIP
Tarikh Dijangka Siap : 30-Apr-2021
Bilangan Unit Dibuka : 478
Tarikh Buka Permohonan : 20-Nov-2017
Tarikh Tutup Permohonan : 31-Dec-2018


Nama Projek : Residensi Tasikmas (RM198,000)
Jenis Kediaman : Pangsapuri
Spesifikasi : 3 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air
                     1 Blok 463 Unit Kediaman (39 tingkat)
                     1 Tempat Letak Kereta Berbumbung
Tarikh Dijangka Siap : 30-Nov-2020
Bilangan Unit Dibuka : 463
Tarikh Buka Permohonan : 28-Apr-2017
Tarikh Tutup Permohonan : 31-Dec-2018


2. PROJEK LOKASI : PUTRAJAYA


Nama Projek : RUMAWIP@Sentral 2 (RM270,000)
Jenis Kediaman : Pangsapuri
Spesifikasi : 3 bilik tidur dan 2 bilik air
Tarikh Dijangka Siap : 31-Dec-2021
Bilangan Unit Dibuka : 1500
Tarikh Buka Permohonan : 20-Mar-2018


3. PROJEK LOKASI : LABUAN 

Tiada projek dibuka buat masa ni.

Beruntung kan siapa yang menetap di Wilayah Persekutuan ? Untuk yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan permohonan RUMAWIP, boleh terus ke laman web rasmi :

<<<<<<<RUMAWIP>>>>>>>


Tq Reading :)