Saje nak sharing pengalaman ena pergi ujibakat pada 22/4/17 di Persada Johor International Convention Centre. Sekarang tengah berlangsung di TV3 setiap hari jumaat jam 9.00malam. Walaupun tak terpilih di peringkat akhir tapi at least dapat lepaslah stage 1 tu. Mana tahu tahun depan ada rezeki boleh cuba lagi kan.
Masa ni tengah isi form. Sambil tu cameraman shoot spontan je picture ni. Tak sangka pulak banyak gambar dekat Instagram TV3. (^_^). Sempatlah study lagi tu sebelum tiba turn ena kan. Dia panggil 10 orang sekali masuk untuk exam.
STAGE 1 - Ujian Bertulis (IQ Test 30 soalan dalam masa 15 minit)
Haaa.. sempat jugak kena snap padehal tak perasan tu.. sebab khusyuk jawab soalan. Soalan merangkumi Matematik, Fizik, Hadiah Nobel, Sistem Perlembagaan Malaysia, Sistem Suria, Sejarah penciptaan dunia dan Geografi. Yang tu jelah ena ingat. Nak spesifik kan soalan tu memang tak berapa ingat pasal banyak exam amek tahun ni termasuk SPA. Matematik yang ena kelam kabut nak jawab sebab 15minit je..memang rasa tak cukup masa.
STAGE 2 - Sesi Pemilihan bersama juri TV3
Bab ni paling nervous sebab soalan spontan dari juri. So kena pandai cover suara tu supaya nampak natural je.. Kena sentiasa senyum. Firstly, kena cerita background, education, profession, hobby and so on.
Then juri mula tanya, nak buat apa dengan duit RM100K. Masa ni kena prepare awal2 sebelum datang ujibakat jika ditanya nak buat apa kalau menang duit RM100K. Bagi sebab kenapa saya patut dipilih. Soalan mungkin berbeza ikut pada peserta.
Bila juri suka and accept, akan dapat "Golden Ticket" ni. Tak bermakna dapat masuk final tapi ini adalah sebagai bonus yang korang terpilih antara ramai tu. Contohnya ena wakil negeri Johor, Jadi daripada yang terpilih tadi ni akan dipilih lagi 2 peserta setiap negeri (28 orang) untuk lawan di dalam "Boot Camp" pulak. Takde rezeki ena untuk ke final. Rezeki berpihak kepada "Visha" untuk wakil negeri Johor. Its OK sebab dapat juga merasa pengalaman ni kan..
Ni memang best sebab siapa yang lepas akan dapat cenderahati dari Penaja Serai Mas. Kira balik takde lah tangan kosong. Ena dapat set kecantikan Ratna. Memang bagus and sesuai pulak dengan kulit muka ena.
Tq for reading :)
27 Comments
pengalaman tu sgt berharga..sekurang-kurangnya kita tahu tahap kita sampai mana...
tahun depan try la...mana tahu ade rezeki kan...InsyaÁllah...
keep in tounch
-#TheRealBloggerMak
ps. to visha tu kan kene kecam je dlm fb sbb xdpt jwb soklan yg senang ke., huhu2
Nanti boleh cuba lagi..