Tips / Persediaan Presentation bersama Pegawai Penilai Luaran (PPL) CIAST

Assalamualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia
kepada semua bakal Tenaga Pengajar :)

Syukur, Alhamdulillah.... setelah berhempas pulas, melebamkan mata, tak cukup tidur dsb. [FINALLY] berbaloi hari ini.... Sebab, ena dah PRESENT di hadapan Pegawai Penilai Luar dengan JAYAAAAANYA.....Kami adalah group yang pertama untuk hari ini 22/10/2013 (JPK SELATAN - Bangunan KWSP, Johor Darul Takzim) 

Untuk pelajar CIAST !!! ena ada beberapa TIPS yang nak Sharing pada semua, Ini berdasarkan pengalaman ena baru je selesai PEMBENTANGAN tadi ~ dan PPL ada pesan kat ena suruh bagitahu kawan2 yg bakal buat PEMBENTANGAN.... nk tau apa PESANAN PPL........?

Pemakaian adalah kemas dan sopan.... 
Better pakai Kad Matrix
JPK SELATAN : Bagunan KWSP, Tingkat 18... 
Hadapan Persada Johor.

::::::::: TIPS TO LECTURER TO BE CIAST PRESENTATION :::::::::

1) Pastikan Portfolio lengkap merangkumi:
  • Kalau WIM anda banyak, pastikan portfolio mencukupi untuk isi WIM tersebut.... boleh guna 2-3 portfolio ~ PLEASE letak cover depan ya... PASTIKAN letak sekali cover untuk side portfolio besertakan GAMBAR ukuran pasport... Ini salah satu pemarkahan yang di ambil kira.... 
  • Pastikan Borang 3B/3C/3D-1 kali kedua di isi oleh penyelia Pusat Bertauliah.... pastikan siap semuanya ~ jika tidak, PPL confirm bising kalau anda menyusahkan dia sebab nak hold markah korang.... PPL ada 3hari je.... 22 - 24/10/13.

2) Pastikan poster 5 set anda di bawa untuk PPL cop/tandatangan (WAJIB)
3) Present tidak boleh kurang dari 25MINIT!!!
4) Print salinan BORANG PENILAIAN 2 SET tau! sebab ada dua PPL yang akan menilai pencapaian PEMBENTANGAN/Portfolio anda... Lagi seorang pegawai hanya cek portfolio... 
5) MO (Modul Objective) jangan terlalu panjang.... PPL nak yang paling ringkas & padat... Dia akan tanya mana awak dapat LE? 


:::::::::::::::::::::: TIPS PRESENTATION ::::::::::::::::::::::

1) UNTUK PILIHAN TEORI
  • Pastikan slideshow hanya point sahaja.... dan jangan ada sebarang animasi kartun.... PPL sangat tegas di dalam memberi komen slideshow.
  • Di akhir presentation, 2 panel PPL akan memberi soalan kepada korang.... Tapi ena selamat.... hehe, tak kena soal pun.... Masa present tu kenalah beri penerangan yang jelas.... Contoh, cerita pasal power supply..... tapi korang tak mention untuk apa? So pastikan penerangan jelas berkaitan item apa yang korang cuba sampaikan.

2) NI PALING PENTING!!!  Tolonglah jangan present ikut Syok2 je... Follow 4 step yang telah di ajar.... Kalau penerangan tak berapa bagus, tapi sentiasa ikut 4 step ~ takde skip, confirm markah tinggi punya....

3) Lepas present tu, pastikan PPL dah cop semua cover depan portfolio semua borang penilaian 3B/3C/3D-1, Poster dan WIM (Jika tidak di cop oleh penyelia PB) Sangat penting tau.... Kalau korang endahkan, nanti..... tiba-tiba sijil VTO korang hilang, portfolio itulah jadi bukti untuk kita dapatkan salinan sijil semula......

yeahhhhhh!!! Ena dah selesai dengan jayaaaaaaaaanya! Jumpa konvo nanti :)

Jumpa 1 geng present, hehehehe...

Post a Comment

1 Comments

arina said…
wahhh.. tahniah kak ena.. tringin nak amik vto tp x minat jadi pendidik..heheh..