Prosedur Permohonan Nikah Johor

Assalamualaikum w.b.t



Syukur, Alhamdulillah... selesai semua persiapan permohonan nikah. Bagi B2B Johorian, prosedur kita berbeza sedikit dari negeri lain. Ena nak sharing TIPS sedikit bagi mereka yang belum uruskan borang pernikahan ataupun yang sedang menguruskan borang pernikahan :)

1) Pergi ke Pejabat Agama daerah masing2 untuk dapatkan borang nikah, surat akuan bujang dan borang HIV Test. Untuk negeri johor akan dapat BORANG TULISAN JAWI

[ Bagi perempuan berwana PINK ], [ manakala lelaki berwana BIRU ]

Borang tu memang wajib isi secara manual sebab tulisan jawi itulah yang digunakan untuk daftar nama B2B dalam sijil nikah. Harga adalah RM5. 



2) Pastikan daftar maklumat anda pada sistem online NIKAH,CERAI DAN RUJUK NEGERI JOHOR. Isi maklumat online di SINI [e_NCR]. B2B perlu mendaftar. Kemudian tunggu diaktifkan dalam 1 hari, baru lah boleh log in untuk isi maklumat seterusnya. Kemudian PRINT. Semua CHECKLIST ada pada borang online ye :)
KENA INGAT YE, SELEPAS PENDAFTARAN DIAKTIFKAN, KENA CEPAT2 ISI MAKLUMAT. KALAU LEBIH 2 MINGGU ANDA TAK ISI MAKLUMAT, MAKA PENDAFTARAN ONLINE ANDA DI ANGGAP BATAL. SO KENALAH ISI BALIK.
3) Pergi kursus kahwin adalah PENTING. Kalau takde sijil ni. korang tak boleh kahwin mengikut undang2 negara lah kan :) Untuk negeri Johor kena bayar RM120 seorang termasuk sediakan gambar ukuran pasport 


UNTUK GAMBAR UKURAN PASPORT
[PEREMPUAN = MEMAKAI TUDUNG & LELAKI = MEMAKAI SONGKOK]
Kursus selama 2 hari. Borang boleh dapatkan di pejabat Agama.

4) Buat saringan HIV test di KLINIK KESIHATAN KERAJAAN SAHAJA! Masa ena pergi sekejap je, dalam 15 minit... sebab takde orang nak buat HIV test. Just datang klinik, hantar borang di kaunter dan ambil sampel darah.

5) Dapatkan pengesahan status Akuan Bujang daripada penghulu atau ketua kampung yang terdekat.

6) Dapatkan salinan 2 orang saksi yang bukan dari kalangan ahli keluarga.

7) Sangat penting bagi PEREMPUAN SULUNG, kena ada sijil nikah ibu bapa.

8) Jangan lupa sediakan salinan 
  • I/C bakal pengantin dan pasangan
  • I/C wali
  • I/C 2 orang saksi borang
  • Sijil kursus pra perkahwinan
  • Surat akuan bujang
  • Surat nikah (Perempuan sahaja)
9) Bila semua dah complete barulah korang datang balik ke Pejabat Agama untuk hadir temuduga ringkas merangkumi 6 soalan :
  1. Dua kalimah Syahdah
  2. Bacaan Al-Fatihah
  3. Bacaan Doa Qunut
  4. Munakahat
  5. Toharah
  6. Tanggungjawab suami/isteri
**Pengalaman ena kena soal apa maksud surah Al-Fatihah  dan berikan maksud apa yang terkandung di dalam surah tersebut dan juga membaca iftitah.

***En.Tunang pulak kena soal bacaan Al-Fatihah. Berjalan dengan lancar :)


10) Lastly bila dah diluluskan, barulah bayar RM25.00 untuk borang nikah nanti. Selesai ~


Harap dapat membantu B2B ye (^___^)

Post a Comment

3 Comments

EFA said…
Syukur Alhamdulillah.....
Anonymous said…
B2B tu ape?
Anonymous said…
B2B to bride to be