4 sebab kenapa perlu exfoliate muka setiap minggu. Kalau tak diamalkan jadi apa?

4 sebab kenapa perlu exfoliate muka setiap minggu. kalau tak diamalkan jadi apa? | Haaaa sebelum tu nak tanya berapa basic skincare korang? Tahu tak ada 5 basic skincare. Bukan 2 iaitu pencuci dan pelembap sahaja. Tapi ada 5 step. Salah satunya adalah "Exfoliate". 

Dulu ena pon tak tahu exfoliate ni apa. Senang cerita tengok barang depan korang ada tak scrub atau masker? Kalau ada dan korang amalkan sah korang ada exfoliate kulit. Guna taw. Rugi skip step ni.


1. Pencuci - 2 kali sehari

2. Exfoliate - 2 kali seminggu. 

Sudah memadai untuk membuang sel kulit mati. Rajin macam mana pon korang mencuci dan memakai pelembap tapi kalau tak exfoliate kulit memang tak nampak perbezaaannya sebab lapisan dalam masih dalam keadaan tidak bersih.

3. Toner - 2 kali sehari

4. Pelembap - 2 kali sehari

5. Sun protector 

waktu siang sahaja. Malam ena akan pakai serum untuk booster kepada pelembap. Jangan skip sunscreen atau cc cream yang ada SPF walaupun berada dalam rumah sahaja. Kulit kita masih terdedah dengan sinaran UV melalui tingkap, skrin TV dan handphone.

Patutlah dulu kulit ena masih kategori kombinasi. Kering di kawasan pipi tapi berminyak di zon T. Pening nak pilih produk bila kita ada kedua-dua jenis.  Jeragat makin bertambah.eyyyy stress sangat sebab susah nak cover. Tapi selepas ena konsisten exfoliate muka baru lah ena faham kenapa pentingnya exfoliate ni.

Kenapa perlu exfoliate?

Setiap hari kulit kita akan menghasilkan sel kulit mati. Sel-sel kulit mati inilah yang akan menyebabkan kulit kusam, tona tidak sekata dan makeup jadi bercapuk. Apabila sel kulit mati tidak dibuang, lama-lama ia akan berkerak dan menyumbatkan liang pori kita. maka banyaklah masalah akan timbul seperti jerawat, jeragat, whitehead, blackhead dan berminyak.

Exfoliate sangat penting supaya kulit lebih bersih, anjal, tak mudah berkedut, tidak mudah naik jerawat, blackhead, whitehead dan kulit kusam. Selain itu, exfoliate ni membantu skincare korang meresap ke dalam kulit dengan sempurna.

"Alaa malasnya nak tepek masker". Kalau malas sangat buatlah sekali seminggu. Seeloknya lagi bagus nak dapat hasil yang konsisten guna 2 hingga 3 kali seminggu.

Jangan pakai lama-lama taw. Pastikan ikut masa ditetapkan.


Kalau teringin nak cuba tapi tak pasti nak gunakan yang mana boleh lihat ada pelbagai jenis masker yang ada di dalam Marykay ini. Jika muka terlalu berminyak dan jerawat aktif boleh gunakan charcoal mask.

Untuk Botanical effects masker ni ena suka sebab dia ada 3 formula iaitu kering, berminyak dan normal. Jadi kalau macam ena jenis kombinasi dulu first masker yang ena cuba adalah botanical effects. Best sangat macam pakai botox. Pipi kita rasa anjal. Oh yaa..kulit kombinasi pakai formula normal.

Pink clay mask ni limited edition. Bestttttt sangaatttttt. Jika korang jenis naik jerawat sebab pakai face mask, ena sarankan masker ni yang merupakan kombinasi tanah liat putih dan tanah liat merah.. Sebab tu warna pink. Tanah liat putih untuk kulit sensitif manakala tanah liat merah untuk kulit berminyak. Ia berfungsi membersihkan kotoran, mengawal minyak, melegakan kemerahan dan menenangkan kulit.


Untuk 3 jenis masker ni ena tak pernah guna lagi sebab skin ena tidak mengalami masalah pori yang ketara dan jenis susah naik jerawat. Tapi microderma set memang hot selling taw sebab ramai kawan yang jenis pori besar pakai scrub ni. Nampak result positif.


Set ni lah yang buat ramai in love. Kalau korang ada masalah kulit kasar, pori besar, parut jerawat degil, parut berlekuk, parut berlubang, blackhead dan whitehead yang susah nak hilang tu memang set ni lah yang sesuai digunakan.

Masih keliru juga nak pakai mana? Jangan susah hati ena sudi consult muka korang secara percuma saje. 


Klik nombor tertera

Ena | Beauty Consultant | 0123942251


Post a Comment

0 Comments