Assalamualaikum..
Alhamdulillah ena dah lepas interview di Bangunan Menara Ansar,JB.. Dapat kol last minit untuk pertukaran pusat temuduga. Ena disini nak share serta nak bagi gambaran sebenar dipusat temuduga. Supaya memudahkan korang untuk lebih bersedia ke sana.
1) Seeloknya sampai pagi. Sepatotnya interview mula pukul 9:00 tapi ena dah sampai pukul 7:30. Kebetulan panel pon dah bersedia jadi proses dimulakan awal sekitar pukul 8:00. Tunggu sehingga pihak di kaunter panggil anda untuk datang ke depan, mereka akan beri anda no. Berdasarkan pemerhatian ena, mereka dah setkan no.bilik kita. Contoh no.ena adalah BILIK 2. tak silap ada 3 bilik. Setiap group ada 15 orang. Maknanya ada dalam linkungan 45 orang kesemuanya. Mungkin tarikh ena jatuh pada hari jumaat, maka panel mintak mula awal supaya dapat pergi solat jumaat. Angka ena plak 2002. Turn ke-2 jugak.
2) Pastikan susun salinan mengikut surat tawaran. Better letak dapat sampul surat ataupun guna klip.
3) Kemudian untuk sijil asal dalam fail pula susun seperti berikut:
a) Kad pengenalan
b) Surat beranak
c) SPM
d) Sijil berhenti sekolah
e) Siji/Diploma di ikuti transkrip
f) Sijil bekaitan aktiviti koko dll.
**Siapkan awal2.. Permudahkan proses pihak kaunter nak senarai semak.
4) Sebelum masuk sambil menunggu giliran, cuba relax dengan bayak berdoa dan tenangkan fikiran. Muhasabah diri dengan sentiasa cakap pada diri sendiri 'aku boleh,aku yakin pada diri,temuduga ni senang je'. Memang betul kita ada gugup tapi cubalah kawal perasaan tu. Sebelum masuk interview baca BISMILLAH 21kali. InsyaALLAH akan dipermudahkan dan panel akan senang melihat kehadiran anda :-)
5) Panel ena sorang lelaki dan sorang perempuan. Pastikan masuk ketuk pintu dulu. Beri salam. Beri fail dan tunggu panel suruh duduk kemudian ucapkan terima kasih. Sentiasa tenang dan tersenyum dari awal sampai akhir. Jangan tunjukkan muka anda stress. Jawab soalan dengan tenang. Pastikan eye contact dengan panel.
SOALAN BOCOR
1) PERKENALKAN DIRI ANDA.
Soalan nie memang nampak senang tapi soalan ni la penentu panel akan tertarik atau tidak dengan anda. Cabaran anda adalah menarik minat dengan cerita anda. Ena berikan step :
a) Nama saya.....
b) Saya berkelulusan Diploma........................... dari tahun......... dan grad pada..........
c) Kemudian bekerja di sektor swasta..................
d) Sepanjang pengalaman bekerja di beberapa tempat.........................ceritakan skop kerja anda.
e) Sekarang saya sedang internship di kolej swasta........................
f) Cerita kelebihan diri seperti saya suka cabar diri saya dalam pelbagai bidang seperti yang tuan tengok pengalaman kerja saya ada pelbagai jenis pekerjaan yang saya telah lakukan.
2) ANDA TENGAH INTERNSHIP KAN. CERITAKAN APA KERJA KAMU LAKUKAN.
kalau boleh ceritakan kelebihan yang diberikan kepada anda. Contohnya sekarang saya diberi tanggungjawab oleh pengetua untuk membentangkan kertas kerja di Kementerian Pengajian Tinggi, Itu boleh menunjukkan kepada panel bahawa anda adalah sangat disegani dan diberi kepercayaan tinggi oleh pihak atasan.
3) ADA AKTIF AKTIVITI LUAR @ SUKAN?
4) ADA BUKA INTERNET TAK? APA DESCRIPTION KERJA PENOLONG PEGAWAI TADBIR?
5) APA SUMBANGAN YANG AWAK BOLEH BERIKAN KEPADA KAMI?
6) APAKAH TRANSFORMASI YANG TELAH BERLAKU DI NEGARA KITA.
Terlalu banyak jawapan untuk diberi. Cuba bagi 3point sebaik-baiknya. Kalau bagi 1je,takut panel kurang berpuas hati. Pastikan apa yang anda cakap setiap point tu anda tahu apa maksudnya.. Panel akan cuba mencari 1point yang kita cakap. Berhati2 menyusun ayat.
7) ISU SEMASA-BERI PENDAPAT PENURUNAN HARGA KERETA SEKARANG. BAGUS KE TIDAK?
Bagus sebab ..................................................
8) SOALAN BERANTAI- KALAU HARGA KERETA TURUN,ORANG MAKIN BANYAK BELI KERETA. MESTI MENIMBULKAN KESESAKAN JALANRAYA. KAN MENYUSAHKAN. MACAM MANA TU?
memang tidak dinafikan kereta yang makin banyak akan menimbulkan kesesakan TAPI di kawasan bandar banyak kemudahan pengangkutan awam BAGAIMANA pula dengan kawasan LUAR BANDAR? Sangat susah untuk kita bergerak. Jadi sangat penting untuk orang seperti saya yang juga kawasan luar bandar untuk mempunyai kereta.
9) MASIH SOALAN BERANTAI-KALAU BERLAKU BANYAK PENURUNAN, TIDAK KE AKAN MEMBERI KESAN KEPADA EKONOMI NEGARA. MACAM MANA AWAK NAK IMBANGI EKONOMI NEGARA SUPAYA TIDAK JATUH MERUDUM.
Harga kereta turun secara berperingkat.. PM kita sendiri bijak dimana tidak menurunkan harga kereta secara mendadak tetapi secara berperigkat antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun. Jadi ekonomi negara kita tidak akan jatuh mendadak besesuaian dengan apa yang dijalankan.
Itu je soalan penting yang ena dapat share. Sebenarnya total soalan ena dapat adalah 13 soalan tetapi yang lain tu berkaitan dengan diri dan pengalaman kerja kita sahaja. Bergantung kepada panel nak beri anda soalan berapa banyak sampai dia berpuas hati. Masa tu ena just relax dan yakin dengan apa kita jawab. Jangan teragak2 memberi jawapan.
Alhamdulillah sesi temuduga ena selama 15minit sahaja dari 8:20-8:35. Bila ena keluar je tengok dah ramai yang datang.
**Result lambat lagi keluar tapi ena tak nak over confident. Ada rezeki, adalah. takde takpe. Jadikan itu sebagai pengalaman.
1 Comments