Hand sanitizer cleaner spray yang langsung tak buatkan kulit tangan kering

Apabila kulit kau jenis sensitif tak boleh pegang sembarangan sabun memang rasa down lah bila kena pakai hand sanitizer. Tahu jelah bila keluar rumah ni benda wajib kena ada dalam handbag. Kadang-kadang tu pakai yang kat kedai punya terasa pedih tapak tangan ni. Kulit ena sejenis sensitif tak boleh suka-suka sentuh sabun basuh serbuk, sabun basuh pinggan dan sabun mandian jenis antibakteria tu. Sebab itu agak susah nak jumpa yang serasi.

Mujurlah sekarang serasi guna Sunlight Extra Nature Mineral salt & Aloe vera untuk cuci pinggan dan mandian ena gunakan Body Care Mary Kay. Sabun basuh baju memang tak sentuh direct sangat. Bab makan seafood lagi lah kena pantang.

Tak stress ke? Mau tak stress kena tengok je udang depan mata. Tapi kalau geram langgar juga.haha. Ubat gatal memang kena ada stok di rumah.

Syukur sangat bila Mary Kay keluarkan produk baharu iaitu Mary Kay hand sanitizer cleaner spray ni. Dah lah bau wangi siap spray 1badan 🤣🤣 dengan bauan aloe vera. Yang best tu tangan jadi lembut. Sesuai untuk kulit sensitif. Ada shea butter taw. Shea butter ni lagi lembut daripada lotion biasa. So far kulit ena tak kering atau mengelupas selepas guna.


Satin hands Shea butter sanitizer

Harga cuma RM19 boleh tahan 2-3bulan kalau jenis tak keluar setiap hari. Muat diisi dalam handbag kecil. Highly recommended untuk korang yang sangat menitikberatkan penjagaan kulit tangan daripada kering.


Klik nombor tertera untuk lebih lanjut

Ena | Beauty Consultant | 012-3942251

Post a Comment

1 Comments

kisahsidairy said…
tulah,kadang ada sanitizer yang tak kena dengan kulit, bila pakai tu rasa pedih je tangan.Nasib baik ada produk sanitizer yang macam ni